BILA KHILAFAH TEGAK
Kesempurnaan Islam sering kali disampaikan oleh para agamis
dan tokoh ilmuan islam masa kini dengan memperlihatkan kehidupan berbangsa-bangsa
yang hidup aman dan selesa. Kehidupan yang berpandukan kepada pelbagai jenis
agama yang hidup dalam satu masyarakat yang pelbagai dan berdasarkan hukum yang
dibuat manusia.
Namun berdasarkan pernyataan Al-Quran surat Al-Maidah ayat 3
mengenai kesempurnaan Din Al-Islam yang memiliki maksud bahawa Din Al-Islam
yang Rasulullah Muhammad dan kaum mukmin perjuangkan telah berwujud dalam
bentuk tegaknya kekuasaan hukum Allah di muka bumi. Pernyataan ini dinyatakan
setelah Futuh Mekah dan diikuti dengan berduyun-duyunnya suku-suku bangsa di
Jazirah Arab untuk tunduk di bawah kuasa Khilafah Islamiyah.
Dengan kemenangan dan tegaknya kekuasaan itu, kaum mukmin
telah memiliki empat syarat pengabdian yang benar kepada Allah iaitu pertama;
kesatuan ummat yang diikuti oleh kesatuan aqidah dan visi hidup. Kedua;
Tegaknya Sulthan iaitu kekuasaaan politik yang kukuh berdasarkan Ulil amri.
Ketiga; Sempurnya hukum yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.
Keempat; Wilayah untuk mewujudkan cita-cita Islam sebagai Khilafah fil-Ardh.
Din yang berinti pada syariat iaitu hukum baru dikatakan
sempurna ketika ia didukung oleh sarana hukum berupa kekuasaan hukum Allah,
aparat hukum Allah dan legitimasi umat yang tunduk kepada hukum Allah. Jika
syarat wajib ini tidak dimiliki, Din Al-Islam pun akan runtuh dan hilang sifat
kesempurnaannya.
Hari ini, Din Al-Islam secara konseptual melalui Al-Quran dan
produk peradabannya memang sudah sempurna. Namun, untuk mengapplikasi dan
mengaktualisasikan nilai-nilai hukum yang mengatur kegiatan muamalah diperlukan
satu proses bertahap yang sesuai dengan pencapaian usaha jihad itu sendiri.
By.GTW